Sayaaa

Wednesday 28 June 2017

Still the same heroes

Hi assalamualaikum. its been years tak update blog. ive busy and lot of thing to do and hello im 20 years old guys! act im starting writing since i form 3? hahah its been a long time ok. so much thing ive go through act. I still been hurt and lonely. nothing changed i guess. the hero in this blog still the same person who can i said my first love. many man ive meet but still heart won't let him go. i just boleh cakap move on wthis i try kenal and contact other man but I really takboleh accept mcmmana I accepted the heroes tu. hati ni mmg taknak berubah ke? hahahahaha. bukan i taktry but ive tired to try tapi hati takboleh accept org lain.

Ya i still contact dengan dia till now sebabtu lah i still mampu stand and smile. i just act mcm kawan just like really really dah kosong takde perasaan dekat dia but you guys really need to know yang i still sayang dia and missing him every day like always and takberubah. i let him be wht he want biar dia having relations dgn org lain bukan sebab i bodoh or lembap but just all wht i want i nak dia happy even wthout me. yaa jelouse ada little bit tapi as long dia bahagia i pun happy. i takpernah pulak nyampah dengan gf gf dia even kalau nak rapat rapat dgn gf dia pun i seriously dont care. hahahahah. i dont know kenapa i mmg mcmni even i sayang dia banyak manapun i still buat buat mcm takda apa apa prasaan em i more mature now, ada jodoh takkemana.

Guys, even takda jodoh dengan dia pun i ok just itu akan berlaku bila Allah tukar prasaan ni kat org lain selain dia. i bukan act acah acah baik tapi i admit yang i ada ego tinggi and sebabtu i boleh go through all of this thing.

As women yes sometimes i kalah jugak and i fell down i nangis because terlalu rindu but wht to do. just close your eyes and smile think about the past good thing that we done even dah lama gila. even sikit kenangannya but its evergreen its cukup untuk buat aku senyum tiap kali nangis.

yang namanya azizi ni mmg permanent dalam hati aku hahah. let him be wht he want, i just need to keep supporting. i miss you the most " the old you". biar selama mana pun aku tetap ok even im not.

kbye 🐒

Wednesday 28 October 2015

straight forward lahh

Assalamualaikum, examination just around the corner guys ! Its final exam sem 1. So nervous so stress. Hm hopefully I can perfome my best. Haaaaaaaa..... fearfull lah weyy. Dalam stress stress ni rindu pulak dengan team madrasah. Dulu masa stay situ tenang je takde nak fikir banyak benda. Tapi sekarang hm... Feel like a boom that want to expose. Haha.

Dahlah Banyak sangat benda yang nak kena fikir dan mampu menyumbang kepada tekanan. Semua masalah pendam seseorang mana tak rasa nak naik gila. Hm its okay lah even aku dah takda pendegar setia pun aku mampu je nak hadap the overcome. In shaa Allah sebab aku ada Allah. Sedih macam manapun sakit macam manapun aku aku tetap pendam dan aku masih mampu tersenyum walau mata hati menangis. Maybe orang tengok aku ni cheerfull tapi dieorg taktahu yang tetiap malam aku menangis. Sebab apa aku menangis? Sebab bila banyak sangat hati ni pendam akhirnya penat jugak, bila dah penat aku akan menangis. Thats the way i realese my stress. Sebab tu aku cakap yang aku mampu je hidup sorang without any support.


Cepatlah sampai pendengar setia tu,Banyak benda nak ceritani... nak happy jugak weyy. Ini tidak adil. Haha. By the way, wish me luck guys for my final. 4 flat in sha Allah. Doa aku untuk orang orang yang pernah datang dalam hidup aku even takde org ingatkan aku except my family lah. Okay bye. Haha.
Assalamualaikum.




Honestly,
Nurhusna






Saturday 17 October 2015

Mencuba 'restart' hidup

Assalamualaikum. A very goodnite. Just for share okay. Mungkin ini semua motivasi untuk diri aku sendiri berdasarkan pengalaman pahit yang baru aku hadapi baru-baru ni.

pernah tak kita mendengar, ada yang kata.. sekuat mana seorang wanita menghadapi dugaan, setabah mana seorang wanita cuba melalui ujian, dan setenang mana seorang wanita cuma menyembunyikan kesedihannya.. Ada kalanya air matanya akan tetap juga berguguran walaupun dalam senyuman!

memang lumrah wanita..penuh kasih sayang dan kelembutan, jadi tidak hairanlah jika kita wanita merasakan kita sentiasa diberi ujian dariNya. tanpa kita sedari, itulah tanda cinta tiada tandingan yang maha Agung buat kita para wanita. kita..dan hanya kita sendirilah yang boleh meletakkan sejauh mana cinta kita kita kpdNya..sejauh mana kita percaya dan yakin akan ketentuanNya.

Sungguh..hidup ini indah jika kita tahu menghargainya.. bahagia itu adalah apabila kita bersyukur. bersyukur dengan setiap cinta dariNya. bersyukur dengan setiap ketentuan ALLAH buat kita. apabila kita tidak mendapat apa yang kita sukai, maka sukailah apa yang kita ada. mungkin itulah yang terbaik buat kita. Siapalah kita untuk mempersoalkan ketentuan Allah?

kadang-kadang, kita menanam impian, kita berusaha sebaik mungkin untuk mengejar impian kita. hari demi hari kita bajai impian kita dengan penuh harapan, supaya suatu hari benih yang ditanam akan membesar, dan berbuah. supaya impian kita menjadi kenyataan dan kita dengan penuh yakin percaya bahawa kita akan hidup dengan lebih bahagia, lebih sempurna dengan impian itu.

TAPI.. kita terlupa sesuatu! pohon dan buah yang kita tanam dan bajai itu, tanahnya milik siapa? impian yang kita harap dan nantikan itu, atas izin SIAPA?

TIADA YANG LAIN KECUALI ALLAH..PEMILIK SEGALA APA YANG ADA DILANGIT DAN DIBUMI!

ALLAHURABBI..

jadi sahabat sekalian, ikhlaskanlah jika semuanya berlaku tidak seperti yang kita impikan. mungkin Allah nak ajar kita sesuatu? Allah nak kita tahu bahawa tidak semua yang kita harapkan akan menjadi kenyataan. Dia ingin buktikan bahawa segala yang indah di dunia itu hanyalah sementara. Allah nak kita tahu TAKDIR itu tetap milikNya walaupun segala impian itu milik kita.

jadi, berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walaupun sesukar mana, jika Allah kata milik kita, pasti akan menjadi milik kita akhirnya. tapi jika Allah katakan takkan jadi milik kita, ianya tidak akan pernah jadi milik kita. rencana Allah itu lebih baik dari rencana kita. jadi tetaplah berjuang dan berdoa, sehingga kita menemukan bahawa ternyata ALLAH telah menyediakan yang terbaik buat kita.


Semalam, peristiwa yang kita lalui mungkin sedih. Tetapi, peritiwa hari ini mungkin berbeza. Mungkin kita akan merasai kelainan dalam kehidupan hari ini berbanding dengan kehidupan semalam yang telah kita tinggalkan. Masalah, tetap ada selagi kita bernafas di atas dunia. Kita pasti akan di duga dengan pelbagai rasa. Ada yang merasai manisnya nikmat. Juga, ada yang rasa pahitnya nikmat. Apa pun, nikmat yang telah dihadiahkan kepada kita, itu tandanya Allah tetap sayang akan kita.


Walau seberat mana pun ujian buat kita, berbahagialah! kerana bahagia itu bukan di akhir cerita, bahagia itu ada disepanjang jalan kita. Ikhlaslah.. ikhlas itu amat melegakan

Terima kasih kepada insan yang beri aku kesempatan untuk kembali ke jalan Allah.
Terima kasih kerana dah sedarkan aku.
Berubahlah, aku dah takmampu ubah kau dan aku betul-betul dah penat, maaf sebab takmampu jadi orang yang selalu ada untuk kau. Kali ni aku hilang sebab aku dah kecewa sangat dalam bertahun tahun ni. Bila dah berubah carilah aku, selagi kau macamtu jangan berani sebut pun nama aku. Tapi aku tetap ada untuk kau takpernah tinggal kau dalam doa aku. Aku tunggu kau sampai kau berubah tapi bila kau cari aku bila aku hati aku dah berubah. Maaflah sebab aku mmg tengah cuba ke arah tu sekarang. Hopefully you happy. Assalamualaikum.

Honestly,
Nurhusna

Sunday 1 March 2015

Ujian itu pasti



Hidup ini indah.. Jika kita memandang dan melihatnya dengan indah, Hidup ini derita..andai kita memandangnya sebagai satu penderitaan yang tak berkesudahan. Bila diri di landa duka yang melemahkan iman dan semangat. Renungkan kembali kata-kata cinta Allah tentang kenapa kita diciptakan di bumi ini. Demi menenangkan hati yang celaru. Demi mencari kembali hakikat tujuan kita diciptakan. Supaya kita sedar akan tugas yang perlu kita laksanakan di muka bumi ini. Dan tidak akan lalai dengan apa yang selainnya di dunia ini..
“ Dan tidak AKU menciptakan jin dan manusia..melainkan hanya untuk beribadah kepada AKU “
( Adz-Dzariyat 51:56 )


“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta..”
( Al-Ankabut, ayat 2 & 3 )


Kita selalu terdengar luahan rasa insan-insan yang berputus asa ketika diuji begitu juga diri kita sendiri. Ada ketikanya, kita mencari penyelesaian yang salah, mencederakan diri sendiri, menyakiti diri sendiri, menyeksa diri sendiri dan seumpamanya. Ada jugak yang selalu menyalahkan takdir yang menimpa diri, mengatakan ketidakadilan terjadi terhadap mereka, memikirkan tiada yang menyayangi diri, termasuklah Allah yang difikirkan tidak pernah memihak pada kehendak. Ada jugak yang memikirkan mati jalan penyelesaian bagi penderitaan yang dihadapi. Apabila iman di dada semakin tipis, aqidah yang dipelajari sedari kecil semakin pudar, yang tinggal hanya desakan nafsu dan hasutan syaitan. Inilah yang akan terjadi. Ini bukan sekadar kata-kata kosong. Kata-kata yang tidak memahami tapi adalah kata-kata dari kisah yang benar. Kerana diri ini pun pernah mengalaminya dan melihatnya sendiri sewaktu ketika dahulu. Mujur, saat dugaan datang menyapa, iman diri walaupun menipis, masih lagi ada saki baki iman kekal teguh di jiwa yang menghindarkan dari melakukan perkara-perkara yang buruk.

TINDAKAN ANDA KETIKA MENGHADAPI UJIAN HIDUP ?
MENANGIS dan MERAUNG ATAU BERDOA?

“Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya dialah yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani..”
(Az-Zumar 40:53)


Ingatlah saudaraku, semua orang mempunyai cabaran dalam hidup malah mungkin lebih berat daripada kamu. Allah tidak akan memberi ujian kepada insan yang tidak mampu melaluinya. Kuatkan hati kita sayang demi mengejar cinta Allah :)

Aku jugak lemah sepertimu, aku jugak tidak dikecualikan daripada ujian.
Tetapi, aku cuba sebaik mungkin untuk menjadi kuat dalam hidup,
Aku jugak pernah berada pada zaman jahil ku,
Tetapi, Allah itu maha pengampun, Aku bersyukur :) 

P/s : Husna

Yang dinamakan hati





Memendam perasaan itu dinamakan jihad. Kerana kita sedang memperjuangkan diri kita daripada terjebak dengan dosa. Andai seseorang meluahkan perasaannya terhadap kita dan kemudian kita menerima perasaannya, mengikat sebuah hubungan haram, membuka hati kita untuk menerima cinta kepada yang tak sepatutnya. Samalah, seperti balang gula-gula yang telah terbuka dari penutupnya.
Dan ketika sedang menjalin hubungan tanpa ikatan dengannya, kita sibuk menzahirkan cinta, meluahkan sayang kepadanya, kerana ketika itu, hidup kita hanya untuk membahagiakannya. Ini diibaratkan seperti gula-gula yang terdapat dalam balang itu telah diberikan kepada dia.
Lalu, akhirnya dia pergi meninggalkan kita setelah puas mempermainkan kita yang leka dalam cinta. Balang gula-gula itupun yang sudah terbuka penutupnya, hanya tingal sedikit sisa-sisa, beberapa gula-gula. Dan hati kita itu, hanya  balang gula-gula yang tinggal sedikit isinya. Adakah hati itu yang bakal kita persembahkan kepada seorang Adam yang bergelar suami, halal keatas kita, dan bakal menghabiskan masanya bersama kita?
Si suami bakal mendapat cinta secondhand. Tidakkah kita merasa malu untuk berdepan dengannya, kerana hati ini pernah menjadi kepunyaan orang lain?
Suka pada seseorang. Itu namanya fitrah. Kerana itulah, berada di alam remaja, merupakan alam yang paling mencabar.
Ada sesetengah manusia, menjadikan cinta sebagai media pemuasan hawa nafsu. Inilah yang berlaku pada akhir zaman sekarang. Kes buang bayi, mengandung anak luar nikah, semakin banyak terjadi. Inilah umat akhir zaman.

Cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan.
Al-Farabi
Tidak malukah kita? Disamakan dengan haiwan?
Muhasabah diri. Suka seseorang, pendamkan sahaja. Fikir dahulu,tidakkah kita berasa malu? Mencintai seseorang, tanpa terlebih dahulu mencintai Dia. Bagaimana kita, mahu mengetahui tanda-tanda kita mencintai Allah?

Pernah aku ditanya :
“Ukhti, kau pernah suka seseorang tak?’’ 
Teralih perhatianku apabila ditanya ditannya.
“Adalah jugak. Kadang-kadang memang terasa macam ada sesuatu dalam hati; tapi perasaan tu juga buat aku rasa tak sedap hati at the same time. Bila macamtu, aku doa je kat Allah. So, kita manusia takboleh lari daripada dikejar dan mengejar cinta manusia”
“Kau doa macamana?”
Ya Allah, kau tahu perasaanku terhadapnya kerana Kau Maha Mengetahui, jika memang sudah tertakdir jodohku dengannya, Kau satukanlah hati kami tetapi jika sebaliknya Kau jauhkanlah hati kami, Kau hilangkan rasa sukaku terhadapnya. Kerna Kaulah yang sebaik-baik perancang.
Hanya itu yang mampu ku jawap,
“Nasib baik kau ada, kalau tak mesti aku dah terlanjur jual cinta aku untuk yang tak sepatutnya.”

P/s : Husna :)

Wednesday 25 February 2015

Aku okay aku kuat

Assalamualaikum,

Hello guys, tonight aku jatuhkan air mata again because of man. Aku baru sedar yang aku ni bodoh sebab senang percaya diaa. Lama dah kan aku kuatkan hati drpd lelaki tapi bila aku kenal dia aku jadi bodoh then terus melting dengan dia for a short time. ohh pleasee! aku ingat dia betul betul ikhlas dengan aku tapi dia takpernah pun jaga hati aku. Like seriously, dia slalu cerita pasal ex diaa, dia taksedar ke bila dia cerita tu aku akan sakit hati. no, he don't ever think about my heart. Bukan setakat ex, moment moment yang dia post kat social media pun dia takpernah fikir pasal hati aku. Seriously, aku mmg menyesal gila sebab aku bukak hati untuk diaa. Tiap kali dia cerita itu ini, hati aku sakit aku buat bodoh je, just like a fool women without brain. In fact, aku yang lebih lebih jaga hati diaa. Hm, now aku nak cuba jauh kan diri drpd dia in a slowly step. Nur Husna binti Mohamed you can do this! Just trust yourself and you will free. Walau sebenarnya, aku dah pun mula sayang diaa. Pray for me ya guys? Supaya aku kuat face semua ni k. After this, no more love k, aku dah penat sngt rasa sakit. Sakitnya tuh disinicewahhh. Hahaha. K nite weyyy, kbye.

P/s : Husna with love :')

Wednesday 18 February 2015

SEBATAS MENGAGUMIMU *


And a very good evening my fellow followers :) Now aku sedang mengenal hati budi seseorang, seseorang yang sangat baik. Kenal just dekat laman social but hati terpaut tanpa kata hanya sesaat. cewahhhhhhhhhh, haha. Namanya Muhammad Azalyzam bin Abd Rahman. Nak dijadikan cerita, aku pun taktahu macam mana aku boleh sangkut dengan dia sebab kan aku takdalah suka melayan boys yang tak kenal kat social media such as facebook, twitter and so on. tapi dengan dia pap! just one second aku dah boleh lekat then senang je bercerita kisah hidup aku kat dia even takpernah kenal and jumpa. Pelik bukan? katakan tidak kepada minyak dagu. hahahahahahha. hati rasa nak selalu dekat dengan dia nak dia selalu ada dengan aku. rasa sayang mucul juga walau aku cuba nak berlagak kuat tanpa cinta. tapi untill now aku dia taktahu yang aku pun suka dia and aku dah start sayangkan dia lebih daripada seorang kawan.

Kebetulan pula, birthday aku sama dengan ex dia, birthday dia pulak sama dengan ex aku. Mungkin takdir semuanya ni. time tu dia tengah heartbroken sebab baru clash then dia pun senang je nak bercerita kisah hidup dia dekat aku. lajuu jaaa, shuuuuh macam air mengalir. haha. Maybe waktu tulah hati kami mula bersatu. Kami saling memahami antara each other. Hm dia bolehlah dikatakan goodlooking sebab tu dia ramai kawan perempuan and adik angkat dan terangkat. haha. Dari situ aku cuba ajar diri jangan terlalu berharap. aku ni apalah sangat kalau nak dicompare kan dengan orang lain. Seriously, bukan nak merendah diri gila tapi sedar diri. ada beza between two sentece tuuu okay. Dia jugak cerdik and berpelajaran now dia study at KIPSAS. jurusan kewangan islam. Sebabtu jugalah aku lagi kena ajar diri supaya sedar diri.

Dia pun seorang yang kuat, family dia pun kuat sebab banyak benda yang diaorang face. Aku paling respect mama diaa. sebab sebab sebab hm adalahhh. hahah. Apapun aku sentiasa doakan yang terbaik untuk dia dan keluarga dia. Haaaa satu lagi, adik dia namanya Aisyah pun sama perangai macam dia iaitu sweetalker dahlah comel suka kenakan kami. suruh kawinlah sayang kakak husna lah apalah. haha. apapun dia budak budak kan. aku takkesah tapi seriously, aku taktahu kenapa wujud rasa sayang dekat diaaaa. hmm.

Kami memang banyak persamaan. and hati aku terlalulalulaluuuuuuu gembira since kenal dengan dia, jodoh mungin? hahahaha. apapun husnaaa, awak kena sedar diri okayyy? 


Dear Azalyzam,


Ku ingin menjadi sang bulan yang kan selalu tereangi gelap malamu...
Ku ingin menjadi sang bintang yang kan selalu hiasi gelap malamu..


In shaa Allah lampu akan sentiasa setia dengan tiang...




Your smile is inspire me :)


P/s : Husnaaaaaaa with love